DISEMBER 2024

Dasar Jelas, Kepimpinan GPS Penuh Visi Tarikan Pelabur Ke Sarawak


SEBUYAU: Dasar Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang jelas selain kepimpinannya yang berpandangan jauh memberi keyakinan kepada pelabur luar datang melabur ke Sarawak.

TImbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, faktor ini turut didorong dengan adanya perundangan serta pelbagai infrastruktur asas di negeri ini.

“Mereka yang sudah beroperasi di Sarawak seperti Samalaju dan zon perindustrian Sama Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N27 Sebuyau sesi 2024-2027 di Dewan Pembangunan Sebuyau hari ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Nerawi kekal Ketua Cawangan N27 Sebuyau selepas diumumkan menang tanpa bertanding.

Sementara itu, Awang Tengah berharap agar perwakilan membuat persiapan rapi untuk Konvensyen Parti PBB yang akan diadakan pada Februari 2025.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Mohd Nayseruddin Borhan serta semua ahli jawatankuasa dan Pergerakan Wanita Cawangan diketuai oleh Lilawati Berahim serta semua ahli jawatankuasanya menang tanpa bertanding.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor; ADUN Kalaka, Mohamad Duri; ADUN Beting Maro, Razaili Gapor; Setiausaha Eksekutif Parti PBB, Datuk Awang Bujang Awang Antek dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pangeran Jaya.

GAMBAR:UKAS